Khamis, 26 Mac 2009

Sajak untuk Bahasa Melayu~~

Tuturmu lunak dan bertenaga
Tersirat kias dan seloka
Kalimah Allah bersulam merata
Akhlaq mu menyentuh hati pembicara

Gerakmu meluas ke seluruh Nusantara
Tidak beza nadamu dari Acheh ke Melaka
Kitab lama di penuhi dengan petua
Kitab baru pun berkembang mengikut masa

Namun di sana
Terdapat Insan Khianat yang sentiasa ingin menghancurkanmu
Berfikir malam dan siang kiranya kamu tiada di bumi
Biar bahasa lain berada di singgahsanamu

Celaka bercampur puaka
Mereka menghurai simpulan badanmu
Meracuni kosa kata mu
Menukar bentuk tulisan mu

Sekarang apabila durjana berkuasa
Mereka memaksa mu di tepi sana
Mengemis untuk di pandang mulia
Seribu celaan seribu herdikan

Wahai bahasa ku
Mari sayang singgah ke riba ku
Aku akan perjuangkan engkau seperti anak ku
Kita akan harungi perjuangan suci in bersama
Biar kita hidup mulia atau mati bergembira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan