Jumaat, 3 April 2009

:018:Seronok la ari ni.. X ade tekanan la..heheheh..Opps ade kerja umah skit,heheheh


:101:
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya


Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.


:116:
Diary start now..
:97:Heheheh...Ari ni mcm x best sgt la tp alhamdulillah.
:69: Tp yg sedihnye ari ni mase gi tuisyen kene marah leh Miss Chin sbb x
siap buat latihan...Terlupa sgt tp bende tlh berlaku so terima je la..

Khamis, 26 Mac 2009

Sajak untuk Bahasa Melayu~~

Tuturmu lunak dan bertenaga
Tersirat kias dan seloka
Kalimah Allah bersulam merata
Akhlaq mu menyentuh hati pembicara

Gerakmu meluas ke seluruh Nusantara
Tidak beza nadamu dari Acheh ke Melaka
Kitab lama di penuhi dengan petua
Kitab baru pun berkembang mengikut masa

Namun di sana
Terdapat Insan Khianat yang sentiasa ingin menghancurkanmu
Berfikir malam dan siang kiranya kamu tiada di bumi
Biar bahasa lain berada di singgahsanamu

Celaka bercampur puaka
Mereka menghurai simpulan badanmu
Meracuni kosa kata mu
Menukar bentuk tulisan mu

Sekarang apabila durjana berkuasa
Mereka memaksa mu di tepi sana
Mengemis untuk di pandang mulia
Seribu celaan seribu herdikan

Wahai bahasa ku
Mari sayang singgah ke riba ku
Aku akan perjuangkan engkau seperti anak ku
Kita akan harungi perjuangan suci in bersama
Biar kita hidup mulia atau mati bergembira

Rabu, 25 Mac 2009

Ahad, 22 Mac 2009

Allah Ya Rabbi
Aku ini hamba hina dengan sejuta palitan dosa
Wujud dari air hina atas ihsan Engkau
Aku cuba menghayati agamaMu
Dengan akal singkat kurniaanMu
Teraba aku dalam sinar
Yang kadang terang
Kadang kelam
Butir jernih air mata
Belum tentu berzikir dalam redha Engkau
Dan Rabbi
Aku ingin kembali
Pada Quran dan sunnah
Semulus fahaman
Rasulullah dan sahabat...

Rabbi
Andai kau menginginkan aku sesat
Tiada siapa yang mampu menolongku

Tiada siapa...
Kasihanilah aku ini
Aku ini hamba hina
Padamu aku mengadu
Padamu aku kembali.

Rabiatul Adawiyah

Wacana mahabbatullah dalam dunia tasawuf dipopularkan oleh seorang wanita suci yang menjadi kekasih Allah (Waliyyullah), Rabiah al-Adawiyyah. Tampilnya Rabiah dalam sejarah tasawuf Islam, memberikan cinta tersendiri dalam menyetarakan gender pada dataran spiritual Islam.



Bahkan dengan kemampuannya dalam menempuh perjuangan ‘melawan diri sendiri’ dan seterusnya tenggelam dalam ‘telaga cinta Ilahi’, dinilai oleh kalangan sufi telah melampau seratus darjat orang-orang soleh dari kalangan laki-laki.



Rabiah al-Adawiyyah termasyhur kerana pengalaman spiritualnya, iaitu mahabah atau penyerahan diri total kepada Allah s.w.t. Pengalaman ini diperolehnya bukan melalui guru, melainkan melalui pengalamannya sendiri. Jika sebelumnya Hasan al-Basri, ahli hadis dan fikh, telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan, makan Rabiah melengkapinya dengan cinta kepada Tuhan. Cintanya kepada Allah s.w.t telah memenuhi seluruh jiwa raganya; tidak menyisakan tempat di hatinya untuk mencintai sesuatu selain Allah s.w.t. Baginya, dorongan mahabah berasal dari dirinya sendiri dan juga kerana hak Allah s.w.t untuk dipuja dan dicintai. Puncak pertemuan mahabah antara hamba dan cinta kasih Allah s.w.t yang menjadi akhir keinginan Rabiah.



Rabiah yang berparas cantik, memiliki suara merdu, dan pandai menari ini ditugaskan oleh tuannya sebagai penghibur. Setelah belasan tahun menjadi penghibur, suatu hari ketika bernyanyi, Rabiah merasakan kedekatannya dengan Allah s.w.t yang seolah-olah memanggilnya. Sejak itu, ia menolak semua perintah tuannya untuk bernyanyi dan menari sehingga tuannya marah, bahkan menyeksanya. Namun, Rabiah tetap berdoa kepada Allah sw.t. Rabiah pun dijual kepada seorang sufi yang kemudian mengajaknya menikah. Rabiah menolaknya kerana kecintaannya yang tinggi pada Allah s.w.t. Setelah dibebaskan, Rabiah memutuskan untuk hidup menyendiri.



Cinta Rabiah kepada Allah s.w.t merupakan cinta suci, murni, dan sempurna seperti disenandungkan kepada syair ini: “Aku mencintaimu dengan dua cinta; cinta kerana diriku, dan cinta kerana diri-Mu. Cinta kerana diriku adalah keadaanku yang sentiasa mengingat-Mu yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini, mahupun untuk itu, pujianku bukanlah bagiku; bagi-Mulah pujian untuk semuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadrat-Mu. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selain Engkau.



Rabiah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kerana itu, ia memilih hidup zuhud agar bebas daripada segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan. Dia pernah memanjatkan doa: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu.”



Perkahwinan baginya adalah rintangan. Dia menerima banyak lamaran untuk bernikah, tetapi menolak semua lamaran itu. Mengenai cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w, dia berkata: “Aku cinta kepada Nabi s.a.w, tetapi cintaku kepada Khalik (Maha Pencipta) memalingkan perhatianku daripada cinta kepada makhluk (segala ciptaan).”



Rabiah sang pencinta agung itu, mencintai Tuhan buka kerana naluri kewanitannya. Dia mencintai Tuhan dengan sepenuh jiwanya, ia mencintai zat-Nya, sifat-sifat-Nya. Ia bertafakur, berzikir, juga suntuk memaknai segala sesuatu tentang Kekuasaan dan Kebesaran-Nya, sehingga tidak ada ruang sedikit pun dalam dirinya untuk berfikir selain Dia.



Dia merelakan dirinya menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak ingin bernikah bukan lantaran tidak ada yang meminangnya, dia memilih ‘kegadisan abadi’ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.



Ketika Rabiah ditanya: “Kenapa engkau tidak bernikah, wahai Rabi’ah?” Dia menjawab: “Tidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati.”



Rabiah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sulit untuk dijabarkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman.



Kalimat rindu dan ungkapan cinta Rabiah kepada Kekasih Sejatinya sering kita dengar dalam lantun tawajjuh-nya:



“Tuhanku, jika laku ibadahku

hanya untuk menjauhkan diriku daripada api neraka-Mu,

maka kelak bakarlah aku dengan api neraka-Mu.

Jika sembahanku hanya untuk meraih syurga-Mu,

Maka haramkan syurga-Mu bagi diriku.

Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayang-Mu,

Berilah aku kurnia-Mu yang besar,

Kurniakanlah kepadaku agar dapat melihat wajah-Mu

Wahai Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia.”



Dalam pandangan Rabiah, cinta pada galibnya adalah kehidupan spiritual, cinta berasal daripada Allah dan untuk Allah.



Terilhami rasa kasih yang dalam akan nasib kaumnya, Rabiah coba meluruskan pandangan ‘ubudiyyah mereka dengan bait syair:



“Mereka menyembah-Mu hanya kerana takut akan neraka-Mu

Kemenangan dan keselamatan bagi mereka

Adalah apabila terbebas daripada (niat seperti) itu.

Bagiku, masalahnya bukanlah pada syurga atau neraka-Mu

Aku tidak rela (Kau) Tuhanku diganti sembahan yang lain.”



Apa yang ingin ditegaskan Rabiah di sini adalah (bahawa) perilaku cintanya kepada Allah adalah tulus, jujur dan murni, demi dan untuk-Nya semata, tanpa kepentingan apa pun kecuali mengharap reda-Nya.



Rabiah tidak ingin seperti yang lain, yang meniatkan sembahannya untuk tujuan dan keinginan tertentu, terlebih menghindarkan diri daripada sesuatu.



Cinta Rabiah adalah cinta kepada zat-Nya, dan kerinduannya adalah rindu pada sifat-sifat-Nya.



Dalam hal ini Rabiah telah jauh keluar orbit, menembus dimensi ruang dan waktu, dari epos sembahan kaumnya. Dia telah memfokuskan kepada satu titik ilah (sembahan yang satu) yang patut dicintai.



Apa yang ia sosialisasikan dengan ritual ibadah murni adalah sebuah perilaku cinta dengan penyerahan dan kepasrahan yang tulus, jauh daripada rasa takut.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:



“… Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi:110)



Makna sufistik ayat di atas bagi Rabi’ah adalah, (bahwa) hendaknya seseorang jangan menyekutukan Allah dalam ibadahnya dengan berharap Syurga-Nya, atau agar terselamatkan dari Neraka-Nya.



Seorang penulis riwayat hidup Rabiah yang berasal dari Parsi mengisahkan kematiannya sebagai berikut:



“Pada masa menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang- alim duduk mengelilinginya. Rabiah meminta kepada mereka, ‘Bangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!’ Maka semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah mengucapkan kalimat syahadat dan mereka mendengar sebuah suara, “… Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah dengan-Nya. Maka masuklah bersama golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)



Sesudah itu, tidak terdengar lagi suara apa pun, pada ketika orang-orang itu masuk kembali ke bilik itu, mereka Rabiah sudah meninggalkan dunia fana ini. Sesudah Rabiah menghembuskan nafas terakhir, segera para doktor yang berdiri di hadapannya meminta agar jasad wanita sufi ini segera dimandikan. Setelah semua jenzah wanita sufi itu dimandi dan kafankan, mereka bersama-sama melaksanakan solat jenazah dan mengkebumikan jasad itu di tempat yang dia akan berada di sana selamanya.